Wednesday, January 13, 2016

JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN

TOPOLOGI BINTANG
Topologi bintang adalah suatu cara untuk menghubungkan antara satu komputer dengan komputer yang lain sehingga dapat membentuk satu jaringan yang berupa seakan-akan bentuk bintang. Topologi bintang mempunyai bentuk seperti bintang, setiap node tersambung secara berpusat pada sebuah perangkat keras Hub atau Switch. 

Hub atau Switch digunakan untuk menghubungkan setiap node dalam jaringan LAN. Peranti ini sering dipakai dalam bintang topologi dan extended star. Perbezaan antara Hub dan Switch ialah kecepatan transfer datanya. Kabel yang digunapakai pada topologi ini ialah UTP dengan konektor RJ-45.
Prinsip topologi bintang adalah hubungan berpusat, setiap pautan mesti melalui pusat yang menyalurkan data tersebut kesemua pengguna yang dipilihnya. Simpul pusat disebut sebagai stasiun primer/ server manakala yang lainnya dinamakan stasiun sekunder/ client server. Apabila hubungan jaringan dimulai oleh server, maka setiap client server dapat menggunakan hubungan jaringan tanpa menunggu perintah daripada server.

KELEBIHAN TOPOLOGI BINTANG
  1. Lebih fleksibel, pengelolaan dan pengambangan jaringan adalah lebih mudah.
  2. kerosakan pada suatu node tidak mempungaruhi node yang lain.
  3. Pusat kawalan, kemudahan pengelolaan jaringan, mengesan kerosakan adalah lebih mudah.
KEKURANGAN TOPOLOGI BINTANG
  1. Penggunaan kabel yang banyak,
  2. Memerlukan penanganan yang khusus\
  3. Memerlukan HUB
TOPOLOGI CECINCIN
Topologi cecincin atau dalam istilah bahasa inggerisnya disebut sebagai Ring Topology adalah suatu topologi jaringan yang mana bentuk rangkaiannya masing-masing tersambung pada dua pusat yang lain, sehingga mampu membentuk jalur lingkaran yang menyerupai bentuk cincin. Kabel yang digunapakai dalam topologi ini ialah kabel BNC (Bayonet Neill-Concelman). Namun begitu, topologi ini sudah banyak ditinggalkan kerana ia mempunyai kelemahan yang sama dengan Topologi Bus. Tambahan lagi pengembangan jaringan dengan menggunakan topologi ini sangat sukar dilaksanakan. Semua node pada topologi cincin berfungsi sebagai repeater yang akan memperkuat signal di sepanjang putarannya. Maksudnya, setiap peranti saling berkerjasama untuk menerima signal/isyarat dari peranti sebelumnya dan akan dihubungkan pada peranti seterusnya.

KELEBIHAN TOPOLOGI CINCIN
  1. Mudah untuk dipasang dan hanya memerlukan kabel yang pendek
  2. Sistem rangkaian menjadi lebih besar
  3. Prestasi yang lebih baik sekiranya sistem rangkaian bertambah tinggi
  4. Sesuai digunakan sebagai tulang belakan (back bone) sistem rangkaian
KELEMAHAN TOPOLOGI CINCIN
  1. Setiap penambahan akan menyebabkan sistem rangkaian terganggu kerana terputusnya hubungan dalam cecincin (ring).
  2. Kepincangan berlaku apabila MAU (penyambung) mengalami kerosakan.
  3. Prestasi kurang baik untuk sistem rangkaian yang kurang sibuk.
TOPOLOGI BUS


Topologi Bus adalah sebuah topologi yang media transmisinya menggunakan kabel tunggal atau kabel pusat tempat yang menghubungkan client dan server. Topologi Bus menggunakan kabel BNC dan di bahagian hujungnya mestilah diberi terminator. Topologi ini sebenarnya cukup sederhana serta mudah untuk ditangani, Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, topologi ini semakin banyak ditinggalkan kernana kepadatan lalulintas data dan jika terdapat satu node yang rosak, maka seluruh jaringan tidak berfungsi. Ianya sama seperti topologi cecincin.
KEBAIKAN TOPOLOGI BUS
  1. Mudah untuk disambungkan pada kabel rangkaian.
  2. Mudah untuk mengenalpasti masalah atau kerosakan yang berlaku pada sistem.
  3. Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian
  4. Mempunyai susunan kabel yang sederhana dalam pemasangan topologi bus.
KELEMAHAN TOPOLOGI BUS
  1. Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel).
  2. Sekiranya hub atau switch gagal berfungsi, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi.
  3. Kos pemasangan yang lebih mahal berbanding topologi yang lain.
  4. Jika terdapat satu client yang rosak, maka seluruh jaringan itu tidak akan berfungsi.
PERBEZAAN ANTARA TIGA JENIS TOPOLOGI

Kategori
Struktur
Kerosakan Node
Penambahan/buang
Node
Pengembangan Rangkaian
Topologi Bintang
Semua nod / komputer bersambung keperanti pusat iaitu hub/switch
Tiada gangguan pada rangkaian komputer dan berfungsi seperti biasa
Senang dilaksankan tanpa gangguan pada rangkaian komputer
Rangkaian komputer boleh dikembangkan tetapi dengan bilangan komputer yang terhad
Topologi Cincin
Semua node/ komputer bersambungan dengan bersebelahan dalam bentuk bulatan
Rangkaian komputer terganggu dan gagal berfungsi
Sukar dilakukan dan akan mengganggu rangkaian komputer
Rangkaian komputer boleh dikembangkan tetapi dengan bilangan komputer yang terhad
Topologi Bus
Semua node/ komputer bersambung terus ke kabel backbone
Tiada gangguan pada rangkaian komputer dan berfungsi seperti biasa
Senang dilakukan tanpa ada gangguan pada rangkaian komputer
Rangkaian komputer boleh dikembangkan dengan menambah banyak bilangan komputer.

Tuesday, January 5, 2016

1.0 RANGKAIAN KOMPUTER


  • Sistem rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih alat komputer dan juga komputer yang disebut sebagai nod yang mana ia terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasi.
  • Nod boleh terdiri daripada komputer, mesin pencetak, mesin fotostat atau mana-mana peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian.
  • Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.
2.0 PERANAN RANGKAIAN

  1. Perkongsian fail
  2. Memindahkan fail antara komputer
  3. Berkongsi peranti seperti, mesin pencetak, scanner
  4. Berkongsi perisian aplikasi
  5. menggunakan kemudahan emel, penghantaran fail lampiran seperti dookumen, gambar, fail audio dan video
3.0 JENIS RANGKAIAN

Secara asasnya, sistem rangkaian komputer mempunyai tiga jenis iaitu:

  • Local Area Network (LAN)
  • Metropolitan Area network (MAN)
  • Wide Area Network (WAN)
3.1 Local Area Network LAN

  • LAN ialah rangkaian setempat
  • Saiz rangkaian adalah kecil
  • Menghubungkan dua atau lebih komputer
  • Rangkaian dalam satu banguna atau satu organisasi Walaupun berlainan blok
  • Perkongsian data laju
  • Menggunakan kabel UTP- kos yang agak rendah






3.2 Metropolitan Area Network (MAN)
  • Satu jaringan yang meliputi satu kawasan yang luas seperti keluasan bandar 
  • Masih terbatas kepada suatu tempat yang sama
  • Tidak merentasi sempadan negara
  • Menggunakan kabel fiber optic
  • Penghantaran data yang perlahan



3.3 Wide Area Network  (WAN)
  • Satu rangkaian komputer yang dihubungkan ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengambil kira keadaan geografinya
  • Pengoprasian 24 jam tanpa henti
  • Penghantaran data yang lebih perlahan daripada MAN kerana jarak yang jauh
  • Kos menyediakan adalah tinggi
  • Melibatkan kabel fiber optik dan satelit